Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah). Amy Blankenship
pasanganku", Devon menyingai cuba meminggirkan efek bergema yang dirasainya. Celaka, siapa tahu Trevor sangat kuat? Pengetahuan itu tidak menyenangkannya.
"Pakai pakaian kamu", Envy berkerut kemudian berpaling melihat ke arah Zachary. Nampak dia dan Trevor seakan adik beradik, warna kedua-duanya sama. Yang bezanya cuma Zachary berambut pendek dan sedikit lebih tinggi. "Okay, saya tahu siapa mereka... tapi siapa kamu?".
Zachary membongkok keanggunan, "Kamu boleh panggilku penjaga", dia tersenyum sementara api mula padam. "Seorang penjaga untuk kedua-dua manusia dan makhluk paranormal", dia perbetulkan diri dan menjeling ke arah Trevor. "Kamu tidak beritahunya apa-apa?".
"Tidak, dia tidak", Envy menjeling kotor pada Trevor seperti sepatutnya kemudian berpaling balik ke Zachary. "Penjaga? Apa maksudmu? Dan adakah kamu dan Trevor adik beradik?". Dia tidak boleh tahan dari bertanya.
"Ia bermaksud kami melindungi kedua-dua belah antara satu dengan yang lain", Trevor menjawab dan menambah, "Dan tidak. Jika keluarga yang dimaksudkan, saya tiada itu".
“Oh, sekarang kamu ada banyak infomasi", bebel Envy.
"Saya cuba beritahumu", Trevor mengingatkannya sambil memakai seluar ganti yang dibaling Zachary padanya. "Bukan salahku jika kamu tidak mendengar".
Bibir Envy mengorak untuk marah tapi terkedu... dengan rasa bersalah mengingati malam terakhir dia melihat Trevor. Dia beritahunya dia berurusan dengan C.I.A. tapi Envy tidak percayanya. Envy memarahinya kerana ingat dia bodoh untuk percaya pembohongan yang dibuat-buat. Bagaimanapun, macam mana dia boleh percayakannya bila dia berjoget dengan berahi bersama wanita lain?.
Disebalik itu... dia beritahunya ianya samaran kerjanya. Envy mengerut bila sakit kepalanya bermula dan berpendapat Trevor adalah bajingan yang lebih teruk dari yang disangkanya kerana membuatnya berfikir begini.
Chad melihat pada harimau kumbang sebelum masuk ke dalam. Dia keluar beberapa saat kemudian dengan seluar jeans dan melemparnya pada Devon.
"Kami tidak perlu bantuanmu", Devon menyatakan sambil menzip jeans kemudian berjalan ke arah Envy dan memeluk pinggangnya.
"Oh, ya? Saya selamatkan adik kamu semasa kamu sibuk mencuri kawan perempuanku", Trevor bertindakbalas sebelum merenung kepanasan pada Envy.
Envy membulatkan matanya dan merenung mata Trevor yang biru-perak itu. Dia boleh nampak kemarahan di dalamnya dan ia membuatkan hatinya tercengkam tidak selesa. Dia bukan membencinya. Yang sebenarnya, dia masih sayangkan Trevor... cuma bukan macam dia sayangkan Devon. Bibirnya terbuka untuk menerangkan, tapi Devon lantas memintasnya.
"Kenapa kamu ke sini? Kamu mengikuti kami?" tanya Devon, tidak suka bahawa Trevor sentiasa menyusahkan Envy. Envy sudah membuat pilihan dan Trevor patut menerima hakikat kecil itu sebelum ia menyakitinya.
"Sebenarnya, dia ke sini berjumpaku", kata Chad setenang yang boleh. Memandang ke arah adiknya, dia memegang tangannya dan menarik perlahan sementara memandang merentas bahu adiknya ke Devon. "Jika kamu tidak keberatan, saya mahu seminit dengannya secara peribadi".
Pada saat Devon melepaskannya, Chad menariknya ke dalam dan menutup pintu. Dia terpaksa menghentikan dirinya dari mengunci pintu itu. Lagipun, selepas apa yang disaksikan di laman, kunci bukanlah boleh menghindar apa-apa.
"Kamu pasti kamu tidak mahu tinggal di sini satu malam lagi? Untuk kewarasan saya?" rayunya, walaupun dia tahu dia kehilangan kawalannya beberapa masa yang lalu.
Envy meletakkan tangannya mengelilingi abangnya dan memberinya pelukan yang dia perlukan, kemudian melangkah ke belakang dan memandangnya, "Saya tidak boleh. Kamu nampak apa yang berlaku di gereja malam ini. Semua orang lari, jadi Warren sedang cuba menganjurkan satu pertemuan seawal pagi nanti".
Dia memandang ke pintu sambil satu lagi fikiran muncul. "Lagipun, tinggal bersama mereka mungkin lebih selamat sekarang. Yang sebenarnya, saya akan telefon dan beritahumu bila boleh datang ke pertemuan itu dan jika ia di Dansa Bulan atau Cahaya Malam. Saya mahu kamu buat suatu untukku. Bawa Trevor dan budak api ke pertemuan itu, sebab jika apa yang saya dengar itu betul... kami perlukan semua pertolongan yang ada".
"Langsuir?" tanya Chad seperti seorang polis semula sementara menggosok belakang lehernya di mana bulunya sedang naik tegak.
Envy mengangguk, kelihatan sedih, kemudian menggeleng kepalanya, "Langsuir ya, tapi ada juga jembalang yang terlepas dan...".
Chad mencapai dan memegang tangan Envy, "Jembalang? Tiada sesiapa kata apapun berkenaan jembalang!".
Envy menarik nafas dan mengangguk, berharap yang apa yang akan dikatanya akan menenangkan abangnya, "Ya, jembalang. Berita baik adalah kita ada dua maklaikat bersama kita". Dia memberinya senyuman tawar dan harap dia tidak pengsan.
"Maklaikat?" Chad melepaskannya dan bersandar pada dinding, "Ya Tuhan".
"Tepat sekali", Envy mengangguk melihat abangnya mmengurut rambutnya seakan ingin menariknya keluar. "Sekarang kamu berbincang dengan Trevor. Boleh kamu buat itu untukku? Bawa dia dan Zachary ke pertemuan itu esok". Dia menggigit bibir bawahnya tidak mahu membuat heboh. "Dan sebagai balasan, saya tidak akan ambil barang-barang saya malam ini... jika itu membuatmu berasa lebih tenang".
Chad mengangguk dan memberinya senyuman, "Setuju".
Dia buka pintu untuk kedua mereka keluar tapi terkaku melihat Zachary berdiri antara kedua-dua lelaki itu dengan tapak tangan berapi mensasarkan mereka.
“Oh sayang, kita perlu pergi", kata Envy dan meluru keluar pintu mencapai tangan Devon sambil bergegas ke arah kereta Devon.
Trevor mula mengikut tapi Zachary memintasnya, "jangan bergerak, budak penyayang. Kita perlu berbincang dengan abangnya dahulu".
"Mari masuk dan saya akan buat kopi", Chad pelawa, diikuti dengan keluhan terimakasih bila Trevor berpusing dengan marah dan berkawat masuk rumahnya seperti seseorang yang ada tugas penting. Dia mengangguk bila Zachary mengikut Trevor masuk, kemudian tutup pintu mengingatkan dirinya apa yang telah dia lakukan.
Sebaik sahaja mesin membuat kopi dipasangkan, Chad bersemuka dengan kedua-dua pelawatnya. Pada masa ini, dia ada lebih soalan dari jawapan dan itu pun tidak banyak membantu. "Sekarang kenapa Envy mengatakan ada jembalang berkeliaran? Dia juga beritahu bahawa Warren memanggil semua ke satu pertemuan esok berkenaan apa yang berlaku malam ini dan dia mahu ketiga-tiga kita masuk ke situ".
Trevor tidak boleh mengelakkan senyuman kecil di bibirnya. Jadi Envy mahu dia membantu... mahu dekat dengannya. Dia tidak menyalahkannya. Sedaya upaya Devon melindunginya, dia sesungguhnya merasa tidak selamat. Mengetahui Envy memerlukannya membuatkan saki-baki kemarahannya hilang.
"Kita perlu masuk pertemuan itu macam mana pun". Dia memandang Zachary yang mengiakannya. Dia tersenyum lagi bila teringat akan berjumpa Envy lagi dalam beberapa jam. "Saya rasa ini masanya beritahu kamu apa yang berlaku".
Dia secara peribadi tidak selesa menggunakan posisinya untuk mendekati Envy lagi. Dia pun sedar bagaimana ianya dilihat oleh orang lain. Devon cuma fikir dia perolehi Envy tapi itu jauh dari kebenaran. Lagipun, dia selalu gunakan abangnya untuk dekat dengan Envy dan membuat kerja pada masa sama. Devon akan belajar beralah dalam percintaan dan peperangan... dan semoga penjelma-bentuk terbaik menang.
"Saya sedia mendengar", Chad merungut dan memeluk tubuhnya untuk mendapatkan perhatian Trevor dari lamunannya. Dia tidak fikir dia psikik tapi dia seakan boleh membaca Trevor sekarang.
"Kita tiada maklumat lengkap berkenaan jembalang itu, cuma dia terperangkap di sini beberapa dekad. Kewujudannya melangkau semua yang kita ada dalam rekod di P.I.T. tapi kita masih mencari bukti", Zackary memulakan dan berharap Trevor menyokongnya.
"Jadi kamu tahu satu jembalang dipenjarakan di bawah tapak kubur under entah berapa lama dan kamu tidak buat apa-apa mengenainya?" bentak Chad.
Trevor membeliakkan mata padanya, "Apa yang kamu mahu kami buat mengenainya? Bantu ia bebas? Ia terperangkap di situ dan kita tidak tahu pun bagaimana satu maklaikat yang jatuh dan satu langsuir boleh memecahkan mantera yang menguncinya".
"Jatuh?" tanya Chad. "Maksudmu salah satu dari maklaikat Envy beritahuku?".
Zachary